Thursday, December 16, 2010

Doa dibaca dalam Konvensyen DAP - bukti kejayaan dakwah PAS

Tulang Besi merasakan apa yang berlaku di Penang adalah satu sejarah. Pembacaan doa dalam Konvensyen DAP adalah antara langkah awal bagi orang bukan Islam untuk memahami Islam dengan lebih dekat dan bukan setakat apa yang mereka fahami melalui media-media milik musuh Islam.

Saya juga hairan kenapa parti2 komponen BArisan Nasional tidak melakukan perkara yang sama. Misalnya, Malaysian Indian Congress (MIC). Ada sumber memberitahu saya sekurang-kurangnya 20% ahli MIC adalah mereka berketurunan India dan beragama Islam.

Saya sendiri sewaktu menjadi "counting agent" bagi PAS di DUN Seri Setia pada tahun 1999 berjumpa dengan seorang "counting agent" bagi MIC yang juga beragama Islam. Saya tahu beliau beragama Islam kerana beliau memberi salam kepada saya dan menyatakan beliau juga Muslim. Saya membalas salam dan bertukar nombor telefon. Satu hal ahli-ahli MIC ni baik-baik dan peramah serta tidak sommbong. Itu pengamatan saya.

Malahan, pernah wujud dalam kepimpinan MIC seorang yang beragama Islam bernama Arwah Tan Sri S.O.K. Ubaidullah. Bukan setakat itu, Tan Sri Ubaidullah ini juga pernah menjadi Tokoh Maal Hijrah peringkat Kebangsaan.

Sejarah penglibatan beliau dalam MIC adalah seperti berikut:



Seorang dermawan
Sebagai antara pengasas MIC pada 1946, beliau kekal bersama parti itu sehingga ke akhir hayat. dan sebagai anggota veteran, dermawan ini menyandang beberapa jawatan kanan dalam MIC.

Pada 1975, Ubaidulla dipilih sebagai naib presiden MIC dan pada 1981, beliau dilantik sekali lagi menganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu sebelum dilantik sebagai pengerusi tetap MIC.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi MIC dan dipilih sebagai pengerusi pertama MIC Unit Trusts Berhad.

Pada 1959, beliau dilantik sebagai senator dan pada 1971 dilantik sebagai timbalan presiden Dewan Negara. Pada 1975, beliau dilantik semula ke jawatan itu.


Mengapa MIC tak boleh membaca doa dalam Perhimpunan-Perhimpunan mereka?

Macamana nak bawak orang bukan Islam rapat dengan Islam. UMNO sendiri menolak Islam. UMNO sendiri menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan. Menolak hukum hudud dan sebagainya.

Jadi, rakan-rakan UMNO dalam Barisan Nasional sudah tentu LAGI JAUH dari Islam, kerana UMNO sendiri MENJAUHKAN DIRI DARI ISLAM.

Ikutilah artikel berkaitan Konvensyen DAP ini dengan klik di sini==>


Pertama kali doa dibaca di konvensyen DAP
Dis 13, 10 4:51pmKongsi 0
Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya.

Bacaan doa tersebut berkumandang sejurus selepas hampir 650 perwakilan yang menyertai konvensyen itu selesai menyanyikan lagu Negaraku, Lagu negeri Pulau Pinang dan lagu rasmi parti, demikian menurut kenyataan pejabat ketua menteri Pulau Pinang.

Puluhan ahli DAP berbangsa Melayu yang hadir di konvensyen sehari itu menadah tangan mengaminkan doa berkenaan di samping beberapa ahli PAS Pulau Pinang yang turut hadir sebagai tanda sokongan atas perjuangan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Bacaan doa bagi memohon kesejahteraan para peserta persidangan tersebut selain meminta pertolongan dan rahmat Allah Taala agar memberkati majlis dan perjuangan parti berkenaan adalah sesuatu yang asing bagi mana-mana DAP sebelum ini.

DAP sering dituduh cauvinis kaum kerana bilangan keanggotaannya yang lebih memihak kepada masyarakat Cina dan dakwaan cuba untuk meminggirkan orang Melayu serta India di negara ini.

Konvensyen kali ini turut menyaksikan lapan calon Melayu daripada keseluruhan 88 calon yang bertanding untuk merebut 15 kerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang dalam pemilihan dwi-tahunan itu, namun kesemua lapan calon itu kalah.

Namun, jawatankuasa DAP negeri memutuskan untuk melantik calon tunggal Melayu, Zulkifli Mohd. Noor untuk menganggotai jawatankuasa itu bagi penggal 2010 hingga 2012.

Selain Zulkifli, antara calon-calon Melayu yang bertanding ialah Kamarulzaman Mohd. Sharif, Mohd. Razali Abdul Rahim, Nurul Baizura Ismati, Yusof Mohamad, Rozaini Abdul Kadir dan Suhaimi Chee Mugther.
Read more!(Selanjutnya)