Sunday, January 17, 2010

Sudah jadi 2 Malaysia.. ha ha ha



Kalimah Allah : Ini sudah jadi 2Malaysia.. Najib..
Posted by Anak Sungai Derhaka at 6:02:00 PM

Sudahlah undang-undang pun ada dua, satu untuk orang UMNO dan satu lagi untuk rakyat.. Minyak pun dijangkakan dijual pada dua harga bulan Mei ini, satu harga untuk golongan Miskin dan satu lagi untuk golongan kaya..

Sekarang Malaysia pun ada 2 jugak.. satu Malaysia masyarakat Kristiannya dibenarkan mengguna kalimah Allah dan satu lagi pulak tak dibenarkan menggunakan kalimah Allah..

Ini bukan 1Malaysia Najibbbb... ini sudah jadi 2Malaysia...





Oleh Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, Jan 15 – Kerajaan membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak untuk merujuk Tuhan dalam bahasa kebangsaan.

Ia dilihat sebagai langkah terbaru pihak berkuasa untuk menenangkan masyarakat Kristian di kedua-dua negeri itu yang selama ini menggunakan perkataan tersebut di gereja dalam Bahasa Malaysia.

Dalam satu temu bual dengan akhbar The Borneo Post, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata perkataan itu secara tradisi telah digunakan di kedua-dua negeri dan umat Islam di sana sudah biasa dengan amalan tersebut.

Ia merupakan antara akhbar popular di kedua-dua negeri itu.

“Masyarakat Kristian di Sarawak dan Sabah tidak perlu bimbang dengan isu ini kerana ia adalah amalan biasa di sana.

“Saya pernah hadiri upacara gereja kaum Iban dan saya pernah dengar penggunan perkataan Allah di sana,” kata beliau dipetik akhbar itu.

Pertikaian mengenai penggunaan perkataan “Allah” bermula tahun 2007 apabila Kementerian Dalam Negeri mengenakan arahan melarang yang diluluskan pada 1986 ke atas bukan Islam daripada menggunakan beberapa perkataan Arab ketika ia memperbaharui permit akhbar mingguan Herald.

Pada 31 Dis lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan keputusan penggunaan perkataan kalimah “Allah”.

Kenyataan Nazri itu diterbitkan di muka depan akhbar itu.

Pandangan Nazri ini muncul ketika Sarawak sedang bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri bila-bila masa dari sekarang walaupun mandat semasa hanya akan berakhir Julai 2011.

“Umat Islam di Semenanjung tidak boleh menerimanya kerana perkataan ‘Allah’ tidak digunakan oleh penganut Kristian dalam upacara mereka sehingga baru-baru ini dan mereka mempersoalkan motif di sebalik usaha menggantikan Tuhan dengan ‘Allah’,” kata Nazri yang menjustifikasikan penguatkuasaan larangan itu di Semenanjung.

“Jelas dinyatakan dalam perlembagan kita bahawa tiada agama lain yang boleh disampaikan kepada umat Islam Melayu dan perkara ini telah digubal di semua negeri di mana Sultan adalah ketua negeri... kecuali di Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah,” katanya.

Nazri juga dipetik sebagai berkata, siri serangan ke atas rumah ibadat termasuk gereja telah membuktikan bahawa kerajaan telah bertindak betul dalam keputusannya melarang penggunaan perkataan “Allah”.

“Larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ merupakan usaha awal untuk mengelakkan keganasan agama di negara ini,” katanya.


The Malaysian Inside

No comments:

Post a Comment