Tuesday, January 12, 2010

Info berkenaan Kristian Mesir guna nama Allah

DEBAT TULANG BESI DENGAN AB BANJARY

AB Banjary ni bekas pelajar Al Azhar. Jadi, pada mulanya saya terkejut kerana sepatutnya beliau tahu yang Kristian Koptik di Mesir menggunakan kalimah Allah secara meluas. Juga, Kristian Mesir telah menggunakan kalimah Allah sejak 1000 tahun masihi yang lepas. Sepanjang penggunaan kalimah Allah ini, tiada ulama-ulama besar Al Azhar telah mengharamkannya. Adakan AB Banjary lebih hebat dari ulama2 Azhar sepanjang zaman?

Namun baru saya teringat. Pelajar-pelajar kita di Mesir tidak berapa bercampur dengan masyarakat tempatan Mesir. Pendudukan mereka tertumpu di “Madinit Nasr” terutamanya di “Haiya Sabiq”(Seksyen Ke TUjuh) dan “Haiya Asyir”( Seksyen ke Sepuluh) berhampiran “Suuq Saiyaqa”(Pasar Kereta).

Jangankan dengan Krisitan Mesir, dengan orang Islam Mesir pun mereka jarang-jarang bergaul. Kalau saudara nak cari orang Melayu bila berada di Kaherah, ambil taksi dan bilang pada pemandu taksi mahu ke “madinit nasr-hayya sabiq”. Saudara hanya perlu turun di mana-mana simpang empat di situ dan tunggu. Tak sampai 5 minit saudara/ri akan berjumpa dengan muka Melayu.

Bukan sahaja pelajar-pelajar Melayu berkumpul di dua “Seksyen” sahaja, malahan mereka dipecah-pecahkan mengikut negeri. Ini kerana setiap negeri di Malaysia ada membeli sebuah bangunan yang bertumpu di “haiyya sabiq” dan “Haiyya Asyir” itu. Malahan, negeri Sarawak pun ada beli bangunan yang dipanggil “Rumah Sarawak”.

Maka, pengaulan pelajar-pelajar kita di Kaherah itu terbatas. Walaupun mereka belajar dalam kelas dalam bahasa Arab, tapi bila keluar kelas mereka bergaul hanya dengan bangsa Malaysia. Jadi saya yakin sangat berapa kerat sahaja pelajar Azhar ini yang pernah berinteraksi dengan orang2 Mesir yang beragama Kristian.

Saya ditakdirkan Allah SWT telah bekerja di bawah seorang boss yang berbangsa MEsir dan beragama Kristian. Namanya adalah George Nushy. Dan, saya sendiri pada mulanya terkejut apabila beliau bercakap dengan menggunakan kalimah “Inshaalah”, “Alhamdulillah” dsbnya. Malahan, email beliau sendiri menggunakan perkataan “Insaahalah” bagi menyatakan beberapa perkara yang akan beliau lakukan. Saya yakin tak ramai pelajar Azhar yang mendapat pengalaman seperti saya.

Malahan orang Kristian Koptik di Mesir telah mengubah hari Ibadah mereka dari hari Ahad kepada Hari Jumaat.

Dan saya lihat pergaulan antara Kristian dan Islam di Mesir ni macam tiada masaalah. Saya pernah berbeli belah di Suq Saiyiida Zainab dan saya dapati penjual-penjual barang yang Kristian menjual barang mereka di pintu masuk Masjid Saiyyida Zainab. Ertinya orang Kristian di sana tak kesah pasal Masjid dan Azan.

Saya juga yakin tak ramai pelajar Malaysia di Azhar tahu bahawa tentera Salahuddin Ayubi terdiri sebahagiannya dari Kristian Koptik Mesir ini. Ertinya dalam Perang Salib, Krisitan Koptik Mesir telah berperang di pihak Salahuddin Ayubi.

Kesimpulannya, AB Banjary, walaupun belajar Azhar, pun tak dapat memberi hujjah berdasarkan syariat bagi penolakan beliau terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Krisitan.

Juga, apabila tiada alasan, mereka2 ini suka menggunakan kalimah-kalimah Arab seperti “Siyasah Syariiyaah” dsbnya. Tapi, bila diminta memberi penerangan, biasanya mereka tidak dapa sebab hakikatnya, dari sudut Siayasah Syariiah, memberi orang Kristian menggunakan nama Allah lebih menguntungkan Islam dari segi politik.

Tulang Besi

Posted by Tulang Besi at 10:29 AM

Sumber: Perisik Rakyat

No comments:

Post a Comment