Thursday, January 7, 2010

Isu Kalimah Allah - Kenyataan oleh ISNA

–Kenyataan Media–

(Plainfield, IN-4 Januari 2010) Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA) menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia pada 31 Disember 2009 yang lalu yang mengiktiraf hak dan kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama Kristian di Malaysia.

Mahkamah tersebut telah memutuskan bahawa penganut Kristian mempunyai hak untuk menggunakan pekataan “Allah” untuk tujuan menterjemahkan perkataan “God” ke dalam Bahasa Melayu. Ia sekaligus membatalkan sekatan yang pernah dikenakan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2007 berkenaan penggunaan terma ini di dalam literasi Kristian.

Kumpulan yang membantah penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada “God” berhujah bahawa “God” biasanya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai “Tuhan” oleh penganut-penganut agama selain daripada Islam. Mereka juga menegaskan bahawa kalimah “Allah” hanya boleh digunakan untuk merujuk kepada Tuhan dalam Islam sahaja.

Hujah ini sebenarnya bercanggah dengan kefahaman dan pengamalan Islam yang sebenar. Bebarapa petikan ayat dalam Al-Quran jelas menyatakan bahawa Muslim menyembah Tuhan yang sama dengan penganut agama Kristian. Al-Quran memerintahkan pengikutnya menyaksikan bahawa Tuhan yang mereka sembah dan disembah oleh pengikut-pengikut Kitab yang telah diturunkan oleh Allah termasuk dari kalangan penganut agama Kristian adalah Satu: “…dan katakanlah: Kami percaya dengan apa yang telah diturunkan kepada kami serta apa yang telah diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah Satu, dan kepadaNya lah kita menyembah.” (Qur’an 29:46)

Merujuk kepada amalan semasa dan sejarah terdahulu, orang-orang Arab yang beragama Kristian telah menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada Tuhan dalam Kitab-kitab agama mereka sejak Islam mula diperkenalkan di Tanah Arab, namun amalan ini tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana individu Muslim atau Kerajaan Islam yang memerintah ketika itu.

Undang-undang Islam sangat jelas mengiktiraf hak penganut agama Kristian untuk mengamalkan agama mereka sesuai dengan kehendak dan ajaran Kitab mereka. Justeru, kami menggesa agar Kerajaan Malaysia mengiktiraf prinsip kekebasan beragama yang sewajarnya diberikan kepada penganut agama Kristian di Malaysia serta menerima keputusan Mahkamah baru-baru ini.

Kamu juga mendesak NGO-NGO Muslim di Malaysia agar menghormati ajaran dan tradisi Islam yang telah lama dilaksana, serta sekaligus menggugurkan bantahan mereka terhadap pengunaan kalimah “Allah” oleh saudara-saudara mereka dari agama Kristian.

No comments:

Post a Comment