Thursday, January 7, 2010

Terbukti KeESAan ALLAH Dalam BIBLE





Posted on Friday, January 08 @ 08:21:32 MYT by ismet_ulamraja



Secara peribadi, apabila ada mendakwa bahawa Bible tidak menggunakan kalimah Allah, aku secara peribadi menafikan dakwaan tersebut. Malahan, jika kita membaca bible dalam bahasa melayu, terbitan ‘The Bible Society of Malaysia”, didalamya kita akan jumpa banyak ayat-ayat dalam bible yang menggunakan kalimah “Allah”.

Apa yang pasti, bible merupakan kitab taurat dan injil yang telah diselewengkan oleh tok guru-tok guru yahudi dan nasrani terdahulu. Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّه


Maksudnya;
“Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan mereka sendiri, kemudian mereka mendakwa, “ini datang dari sisi Allah”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Di sini, ingin dinyatakan beberapa ayat-ayat dalam bible yang menyatakan tentang keesaan Allah. Bukti ini menafikan akidah kristian yang mendakwa bahawa Allah itu adalah ketiga daripada tiga (trinity/tritunggal).

Pertama;



Perjanjian baru, Markus, Fasal 12, ayat 29 (muka surat : 70) menyatakan;

”Yesus menjawab, ”inilah perintah yang paling utama, ’dengarlah hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah tuhan yang esa”

Kedua;



Perjanjian lama, Ulangan, Fasal 4, ayat 35 (muka surat : 195) menyatakan;

”Tuhan telah melakukan semua perkara itu supaya kamu tahu bahawa Dia satu-satunya Allah, tidak ada yang lain”

Ketiga;



Perjanjian lama, Ulangan, Fasal 6, ayat 4 (muka surat : 197) menyatakan;

”Ingatlah Hai Israel! Tuhan – dan Tuhan satu-satunya – ialah Allah kita”

KESIMPULAN

Pertama;

Ketiga-tiga ayat yang dikemukakan ini, membuktikan kepada kita bahawa bible dalam bahasa melayu sendiri menulis kalimah ”Allah”.

Kedua;

Jika orang kristian memahami ayat-ayat dari bible ini, aku yakin orang-orang kristian akan bertambah percaya bahawa Allah itu esa. Malahan, ia akan menolak jesus sebagai anak tuhan (insya Allah, akan didedahkan dalam artikle mendatang)

Ketiga;

Kita orang islam, boleh mensangsikan kefahaman kristian terhadap tiriniti itu menerusi kitab bible mereka sendiri. Justeru, kita tidak perlu bimbang jika mereka mahu menggunakan kalimah Allah. Kerana, ia merupakan ruang terbuka dan amat luar, untuk kita mensangsikan mereka dengan kefahaman triniti mereka sendiri.

Keempat;

Padaku, yakinlah bahawa bible mereka sebenarnya menyeleweng. Kerana, ia sudah dinyatakan sendiri oleh Allah SWT didalam al-Quran. Percayalah pada Firman Allah dalam Al-Quran tentang penyelewengan bible. Justeru, perlukah kita takut dengan kebenaran?

tepuk dada, tanya iman....

Sekian

”Allah for All * Islam For All”

“Islam Adil Untuk Semua”

Wallahu ’Alam

Sumber mindarakyat.com

No comments:

Post a Comment